Langkah-langkah memohon Cuti Tahunan
Paparan Utama  <<Sebelum  Berikut>>


2.1 Langkah-langkah memohon Cuti Tahunan

2.1.1Skrin pertama anda akan mencapai halaman E-Leave adalah seperti berikut. Anda akan dimaklumkan Senarai Permohonan Baru jika terdapat permohonan anda belum diproses.  
 
borang  

2.1.2Klik Borang Cuti pada Menu Bar  

menubar  
 

2.1.3Borang Permohonan Cuti akan dipaparkan  

borang1  

2.1.4Klik butang Jenis Cuti untuk mencapai senarai Jenis Cuti.  

pilih  

2.1.5Pilih Cuti Tahunan  
2.1.6Isikan Sambungan Telefon anda pada kotak 'Samb. Tel'.  
2.1.7Isikan tarikh anda ingin bercuti. Anda perlu mengikut peraturan berikut apabila memilih tarikh ingin bercuti:-  
Contoh : Anda ingin bercuti dari tarikh 1/5/2004 hingga 5/5/2004  
Hari 1/5/2004 adalah Hari Pekerja;  
Hari 3/5/2004 adalah Hari Ahad;  
Anda hanya perlu memohon cuti pada 2/52004, 4/5/2004 – 5/5/2004;  
Anda perlu memohon cuti dalam 2 borang,  
Borang Pertama :  
Anda memilih tarikh ingin bercuti pada 2/5/2004;  
Borang Kedua :  
Anda memilih tarikh ingin bercuti pada 4/5/2004 hingga 5/5/2004.  

2.1.8Isikan Sebab memohon cuti  
2.1.9Isikan No. Perkhidmatan Pengganti.  
2.1.10Pilih Jumlah cuti dipohon. Maksimum senarai Jumlah Cuti boleh dipilih adalah bergantung kepada Kelayakan Cuti Tahun.  


pilihan1  

2.1.11Tekan butang SUBMIT.  

makluman  

2.1.12Anda akan mencapai skrin berikut.  

paparan1  

2.1.13Jika anda ingin membatalkan permohanan Baru, sila klik Pembatalan. Anda akan mencapai skrin berikut. Anda perlu masukkan Alasan Pembatalan. Kemudian tekan butang SUBMIT.  

paparan  

 
makluman1  


2.1.14Anda perlu memohon Cuti Tahunan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum bercuti.